"Malam semalam kau menangiskan?" Bella menepuk bahu Ann.
"Eh mana ada." nafi Ann.
"Kau ni dengan aku pun nak berahsia ke? Aku nampak kau menangis semalam. Kenapa Ann? Kongsilah dengan aku."
"Aku tak tahulah kenapa sebenarnya. Tapi semuanya rasa tak kena. Aku seolah berperang dengan perasaan aku sendiri."
"Kau menangis semalam sebab kau dah lama pendam Ann."
Ann merenung ke dalam mata Bella.
"Sakit yang kau rasa, kau tak pernah luah. Kau simpan, kau pendam dan akhirnya kau tak mampu nak tanggung lagi. Ia seolah barah dalam hidup kau. Kau tak pernah tunjuk depan orang ramai. Sifat mudah terhibur kau tu sebenarnya hanyalah permainan kau untuk mengaburi mata orang lain" Bella menambah.
Berperang dengan perasaan sendiri.
Pendam, pendam dan pendam.
Sakit, sedih, benci dan suka.
Akhirnya biar sahaja air mata yang berbicara.
Kau takkan faham,
Apa yang aku cuba lakukan.
Sebab aku tak pernah luah.
Ya... sebab aku pendam semuanya ...SENDIRI...
Kau kata kehidupan ni mudah?
Kau kata aku yang complicated?
Mungkin yang membaca sekarang ni pun bersetuju dengan kata-kata kau
Ya kehidupan ni memang mudah.
Bila gembira, tunjuklah kegembiraan tu.
Bila sedih, luahlah apa puncanya.
Ya.
Betul.
Tapi...
Masih ada ke yang sudi mendengar?
Masih ada ke yang ambil kisah?
Jujur aku kata...
Aku masih mencari...
Sebab kita ditemukan
Aku masih mencari...
Dimana hikmahnya?
Aku tak mahu mempersoalkan urusan Tuhan.
Sebab aku tahu suatu masa nanti aku akan nampak juga hikmahnya
Cuma cepat atau lambat.
Jika kau membaca hasil nukilan aku yang ikhlas dari hati ni,
Aku cuma nak bagitahu suatu perkara.
.
.
.
Terima kasih kerana masih menjadi kawan aku.
Terima kasih atas semua nasihat dan kata-kata semangat yang kau beri.
Mungkin salah aku kerana tersalah tafsir semua kebaikan kau.
Cuma satu aku mahu nasihatkan untuk masa hadapan kau,
"Jangan disentuh hati itu, jika tiada niat untuk memiliki"

No comments:
Post a Comment