Thursday, May 28, 2020
CovEid 2020
Tuesday, May 19, 2020
Drawing : A Quick Drawing During Classes
![]() |
![]() |
Saturday, May 16, 2020
Cerpen : Cuma Seorang Runner
This 'cerpen' is written by me. To be honest I made this essay just to enter short story competition that had been organised by one of the society club in my university. The result is not announce yet but yaa I know I can't win since so many talented people who also send their essay. Since I think this essay might be such a waste, why not I post it here so you can read it. Sorry if this essay not good enough because it is my first masterpiece, but yaa enjoy it okay.
“Ah hujan lagi,” ujarku.
Dingin. Air hujan turun
perlahan. Satu persatu titik air jatuh ke muka bumi. Sekali-sekala angin dingin
menampar lembut tubuhku. Perasaan resah dan bimbang mula menyelubungi diri ini.
Cuaca hari ini sudah tentu akan menyusahkan tugasku. Jalan raya yang sunyi dan
kosong itu aku tenung dari tingkap rumah.
Jam di dinding sudah
menunjukkan jam 2 petang. Aku mula mendapat pesanan makanan secara atas talian
satu persatu. Runner? Ya, itulah pekerjaan aku. Mengambil pesanan
makanan dan menghantarnya kepada pelanggan tanpa mengira teriknya mentari
mahupun dinginnya hujan. Walaupun upahnya tidaklah banyak mana, tapi mampu
menampung kehidupan bujangku. Sudah dua tahun aku menjadi seorang runner
di Melaka Bandaraya Bersejarah. Dahulu pekerjaanku dipandang remeh tetapi sejak
wabak Covid-19 mula melanda Malaysia dan sejak Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dikuatkuasakan, pekerjaanku kini merupakan salah satu tugas yang penting.
Hanya sektor-sektor tertentu sahaja yang dibenarkan bekerja dan yang selebihnya
tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah kecuali atas hal-hal mustahak.
Sudah sebulan PKP dijalankan
dan kini sudah hari kelima Ramadan. Masih ada yang berdegil melanggar arahan
dari pihak berkuasa. Kerajaan terpaksa mengerahkan barisan polis dan askar
untuk memastikan rakyat faham dan akur dengan perintah ini. Ada yang ditangkap
dan ada yang didenda sejumlah wang. Terlintas di fikiranku, apa yang mereka
fikirkan? Adakah mereka terlampau bosan berada di rumah atau mereka hanya mahu
mengambil angin luar? Ah tidakkah mereka sedar perbuatan mereka bukan sahaja
menyusahkan diri sendiri malah menyusahkan banyak pihak.
Kunci
motor ku ambil. Helmet ku pakai. Baju hujan aku sarungkan ke tubuhku. Tidak
dilupakan sarung tangan, topeng muka dan hand sanitizer juga aku pakai
sebagai langkah pencegahan jangkitan Covid-19. Walaupun aku hanyalah seorang runner
dan bukannya petugas kesihatan, aku perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
“Bismillahirrahmanirrahim,”
lafazku sambil menghidupkan enjin motor. Masa untuk aku menjalankan tugas.
……….
“Terima kasih bang!”
“Sama-sama.
Selamat bertugas dan selamat berbuka!” Mataku sayu memandang mereka. Tempahan
makanan yang terakhir itu merupakan dari anggota polis yang menjaga sekatan
jalan raya. Terlampau sibuk bekerja sehinggakan terpaksa berbuka di atas jalan.
Sudah menjadi tugas mereka untuk mengawal lalu lintas dan memastikan tiada
siapa yang melanggar arahan pihak kementerian.
Telefon pintarku di
bag, aku keluarkan. Jam di paparan telefon menunjukkan jam 6.30 petang. Aku
bergegas pulang untuk berbuka puasa di rumah. Nasib baik aku sempat membeli
juadah untuk berbuka.
……….
Sunyi.
Apam balik dan air bandung di atas meja itu aku tenung. Sepatutnya aku berada
di rumah orang tuaku untuk menyambut Ramadan bersama. Tetapi kerana PKP, aku
masih disini, di rumah sewaku. Lamunanku terhenti apabila terdengar azan
maghrib berkumandang. Segera aku membaca doa buka puasa. Juadah berbuka mulaku
jamah sedikit demi sedikit.
……….
Usai
solat tarawih, telefon aku berdering. Ah ibu rupanya. Lantas panggilan
dari ibu aku jawab.
“Assalamualaikum,
along! Sihat?” soal ibu. Along? Itulah gelaranku di rumah kerana aku merupakan
anak sulong dan abang kepada tiga orang adikku.
“Waalaikumussalam,
ibu! Alhamdulillah sihat. Ibu?” balasku.
“Alhamdulillah
sihat. Ibu call ni sebab nak tanya along balik Muar tak raya nanti?
Adik- adik along tu dah rindu sangat dengan along. Asyik tanya je bila along
nak balik.” Tergamam aku saat soalan ibu singgah di telingaku. Wajah adik
lelakiku yang berumur 13 tahun dan dua orang adik perempuanku yang berumur 17
tahun dan 9 tahun kini bermain di fikiranku.
“Tak
pasti lagi laa ibu. Bergantung dengan bilanya PKP berakhir. Insyaallah, along
usahakan. Kirim salam along buat diorang dan ayah sekali ye.” Dadaku berombak
laju. Perlahan-lahan air mataku mula gugur. Tak terungkap rasa rindu di hati.
“Oh
yeke. Insyaallah ibu sampaikan salam along. Ibu nak tidur dah ni.
Assalamualaikum.” Suara ibu kecewa.
“Waalaikumussalam,”
balasku lemah. Panggilan telefon dari ibu aku matikan. Pantas aku menyeka air
mataku yang masih bersisa di pipi.
Tubuhku
perlahan aku humban ke atas tilam. Aku terlentang di atas katil sambil merenung
siling putih yang kini kekuningan sedikit mungkin kerana sudah bertahun lamanya
sejak rumah sewa ini dibina. Cahaya putih lampu yang dipasang di siling bilikku
sedikit pun tidak menyilaukan mataku. Fikiranku lebih tertumpu terhadap
perbualanku bersama ibu sebentar tadi. Bukan niatku menghampakan harapan mereka
untuk pulang ke rumah menyambut Aidilfitri bersama, cuma aku tidak mahu menabur
janji yang tidak pasti. Maafkan along, ibu! Perlahan mataku tertutup.
Pandanganku gelap.
……….
Petang
Sabtu yang cerah ini aku cadang untuk rehat sepenuhnya kerana hari Sabtu dan Ahad
aku tidak bekerja. Telefon pintar di atas meja ruang tamu segera aku
ambil. Sedang aku melayari laman media sosial, aku tertarik dengan
aktiviti-aktiviti menarik sepanjang kuarantin di rumah yang dikongsikan oleh
netizen di media sosial. Ada yang cuba untuk memasak resepi baharu, ada yang
sibuk membuat video kreatif menggunakan aplikasi TikTok dan ada juga yang
menggunakan tempoh kuarantin dengan melakukan senaman ringkas. Pelbagai
aktiviti yang mereka lakukan untuk menghilangkan kebosanan.
Tiba-tiba
aku terfikir nasib petugas-petugas barisan hadapan seperti petugas kesihatan di
hospital mahupun klinik-klinik kecil yang lebih terdedah kepada jangkitan virus
Covid-19, polis yang menjaga sekatan jalan raya ketika panas terik mahupun
hujan lebat dan pekerja-perkerja di perkhidmatan kurier yang menerima berpuluh-puluh
ribu bungkusan untuk dihantar kepada penerimanya di seluruh Malaysia. Tugas
mereka memerlukan tahap komitmen dan sabar yang tinggi di musim kuarantin ini. Ada
di antara mereka tidak dapat pulang ke rumah untuk bersama keluarga tercinta
kerana risau akan kesihatan ahli keluarga mereka. Ada juga yang bekerja di
bandar dan tidak dapat balik ke kampung untuk menjenguk orang tuanya. Hanya
mampu melakukan panggilan video sahaja untuk mengubat rindu di hati.
Mereka
merupakan wira negara. Jika dahulu pekerjaan mereka dipandang enteng, kini
pekerjaan merekalah yang mampu menyelamatkan berjuta-juta nyawa rakyat
Malaysia. Aku yakin rakyat Malaysia juga sudah mula sedar akan pengorbanan
mereka. Semoga mereka mampu memberikan kerjasama untuk terus kekal duduk di
rumah dan mengikuti setiap arahan dari pihak kementerian sepanjang tempoh PKP
ini dilaksanakan kerana setiap seorang dari mereka mempunyai tanggungjawab
untuk membendung virus Covid-19 dari terus merebak.
Bunyi
hon dari kereta yang lalu di jalan raya depan rumahku menghentikan lamunanku.
Aku toleh ke arah jam di dinding.
“Eh dah pukul 6.00 petang laa.
Makanan berbuka puasa belum buat lagi.”
Terlampau tenggelam dalam
fikiranku sendiri sehingga tidak sedar waktu berbuka hampir tiba. Aku terfikir
tentang diriku. Aku cuma seorang runner. Aku bukan siapa-siapa untuk
diletakkan sebaris dengan petugas-petugas barisan hadapan yang lain. Jika
mereka diluar sana mengiktiraf aku sebagai petugas barisan hadapan, terima
kasih aku ucapkan. Perlahan aku bangun meninggalkan ruang tamu dan menuju ke
dapur.
Tuesday, March 31, 2020
Happy Birthday To Me!
![]() |
| Me Turned 20 |
Thursday, February 27, 2020
Wanted: A New Blog List for March-July 2020

I Want To Be Like Her
So one day,
You will seeing the new me.
The new version of me that more confident in all aspects.
And maybe that version will be more perfect than the girl that I want to be.
Insyaallah.
Thursday, February 20, 2020
The Art Of Letting Go
"The more you fight for something that is not meant for you, the more it will fight you"Things will go smoothly went they are meant for you. Anything that feels harder than it should be or causes you too much pain is not meant for you. You may get what you want in the end but it may not last or you may not feel ease at all.
We might be feel hesitate to start letting go the things that seem impossible for us when we already halfway to reach the goals. We've tried so hard to reach that point and if we want to let go now, it will feel like waste of time and efforts that we invested in it. But nothing that you did is waste of time. Letting go is also a process of learning and a process of growth. A process that gives lessons to you for grow better. If you keep to hold on to toxic situations just because you've done too much, you will keep hurting yourself.
"When one door closes, another door opens"Letting go helps you to move forward. We have so much things to share with other people. It doesn't mean that your life will end if you start to let go something that you can't keep it. Many opportunities are waiting for you. It might be not great as the previous one but maybe it will be more convenient to you. Some endings are not bad; sometimes they are not even endings - just a bridge to new beginning.
Try to let go. You will gonna be okay.
One day if you look back on your life, you will find yourself laughing at certain situations when you thought you would never move on from someone or how you keep holding on something that is wrong for you.
Let go of your fear, your past, your mistakes, your failures or your self-doubt but never forget what they taught you.
With love,
CK
Wednesday, February 19, 2020
Bangkit - Haqiem Rusli
![]() |
| AJL 34 Lembah Kesepian |
Welcome Back
Hello to whoever reading this. It has been almost a year I left this blog so yeah welcome back to myself. Many things happen while I was away. It's either sweet or bitter one but I guess I can called that memories as sweet-bitter memories hehehe.
Currently, I am undergraduate student in Bachelor of Nursing and trying to survive my 2nd semester for Year 1. Lot things happened these days. Meeting a new friend but basically for a temporary period of time. Get a good grades for my first examination as a degree student and hopefully I can improve to get 4.00 Insyaallah. I am grateful!
I really hope I can keep being happy like the way I am right now but there is always ups and downs in our life. May I can keep calm and positive to face it. New semester has just start and things will get even more busier than the last semester. Pray for me okay!
I think that's all for now. Looking forward to hear your stories too!
Have a nice day people!
With much love,
CK








